Pages

Mencari Lagi 28,936 Yang Hilang...

SEGMEN WAJIB TERJAH!!..=)


berminat? untuk pengiklanan..promosi RM 10 dua bulan(iklan + review blog)..email ke itsaboutfashion@gmail.com

Wednesday, October 5, 2011

JajarBin Hacked No.Tel Penyampai HotFm

Terer betul JajarBin nh..berjaya hacked kesemua private information artis or pengacara HotFm...termasuklah No.tel artis, Email, No.IC. and No. Bank..



Benda ni baru berlaku 7 jam lalu..(bak kata info yang aku ambil dari Hazhand)...Confirm pasnh semua penyampai pakat tukar nombor..or mesti ramai orang ada yang duk cuba2 nak kirim pesanan ringkas @ ucapan bagai kat HotFM melalui no hp nh..


Dari apa yang aku baca, hazhand tuh dah try col, tapi xterjawab...mungkin penyampai semua tengah pening..tengok ramai betul yang col diorang...susah betul jadi orang famous ni kan...



Korang boleh tengok sendiri kat page nh..(itupun kalau ada lagi..) JajarBin


p/s:Hati2..Nothing Is Impossible..






SILA LIKE :D

Tuesday, October 4, 2011

Cambest je tengok Klip 3GP

Kawan2!!ada cerita baru...aku nak tgok coz ada Zahiril Adzim.....bakal kuar 13 Oktober nh..tengok trailer cambest...Mimi One Nation Emcees berlakon...

Ni ada sikit sinopsis..

Mengisahkan tentang hidup Mimi sebagai seorang eksekutif yang berjaya, namun dia termakan hasutan seorang lelaki yang bernama Sunny, seorang gigolo yang membuat duit melalui ugutan untuk menyebarkan rakaman tersebut ke dalam internet. Di sinilah perubahan yang akan penonton nampak apabila Mimi bertukar menjadi ‘Psiko’ dan mula membunuh semua orang yang bersalah kepadanya demi memuaskan hatinya yang sudah bertukar menjadi batu.



 Aku suke tengok saat 0.26...Meremangg gak!!

Berdasarkan trailer, macam xsesuai sangat ditonton oleh budak kecik..and kepada budak besar,dinasihatkan JANGAN TIRU AKSI INI...tapi aku tak tengok filem ni habis..dh keluar nanti, baru leh komen..=)

SILA LIKE :D

Homestay Di Melaka:Mana Nak Cari Yang Murah?

Ok..Since ramai yang duk tanya2 pasal homestay..pening kepala nak menginap musim2 convocation, musim kawen, musim raya (ada ke hari raya orang nak duk homestay??hehe..ntah..;p) dan lain2 musim...ni ada satu homestay kat Melaka...memang REASONABLE n AFFORDABLE (ayat wajib karangan english time UPSR dulu) harga die..=)


HOMESTAY TAMAN MELAKA BARU, BATU BERENDAM, MELAKA


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :-

* 3 BILIK TIDUR DAN 3 BILIK AIR
- Bilik 1 : Katil Queen berhawa dingin, 4 biji bantal
- Bilik 2 : 2 Katil Single, berkipas, 2 tilam extra, 10 biji bantai (amekkaww..cukup x bantal tuh??)
- Bilik 3 : 2 Katil Single berkipas
- Bilik 4 : Bilik Membaca or Solat

* DAPUR LENGKAP DENGAN MEJA MAKAN dan CEREK ELEKTRIK..Tidak ada tempat memasak ya..Kerana untuk menjaga kebersihan rumah..=)

* RUANG TAMU(LUAS) LENGKAP DENGAN SOFA, TV...

* LOKASI BERDEKATAN DENGAN
# MULTIMEDIA UNIVERSITI - 7 MINIT
# IPK - 5 MINIT
# MITC - 8 MINIT
# MYDIN AYER KEROH - 8 MINIT
# BOWLING (BARU) - 8 MINIT
# JUSCO AEON - 10 MINIT
# MELAKA MALL - 10 MINIT
# TOL AYER KEROH - 12 MINIT

# UTeM - 15 MINIT
# ZOO MELAKA - 10 MINIT
# TAMAN MINI MALAYSIA - 10 MINIT
# STADIUM HANG JEBAT - 7 MINIT

** BERDEKATAN JUGA DENGAN KEDAI MAKAN, KEDAI RUNCIT, BANK (EON BANK, PUBLIC BANK, CIMB BANK), 7 ELEVEN, SURAU, DLL..


* HARGA WEEKDAYS/PUBLIC HOLIDAY/WEEKENDS)- RM 180.00 / NIGHT...


KADAR SEWA BOLEH DIRUNDING

HUBUNGI 0176827177 LATEF



Jom Usya2 rumah dulu Cik/Tuan/Puan...Gambar tidak diedit ya..=)




ruang bilik tidur utama...



ruang bilik tidur kedua...


ruang menonton...


ruang tamu yang luas...


bahagian ruang makan @ dapur..







tandas...


ruang solat @ membaca..

SILA LIKE :D

Relaxkan badan di Embun Seri Beauty & Spa


Hye guys...pernah pergi spa??seronok rupanya pergi spa...selama ni, asyik dengar experience orang bercerita tentang pengalaman diorang g spa...tapi rinh, aku dah rasa..yayyy!! (mood:excited)...

Alkisahnya bermula since July, kitorg adik beradik plus my cousin plan nk g spa....and suddenly ada 1 great deals from WeBuy.com.my...WeBuy ni ala2 adik beradik dengan DealMates.com, Milk A Deal and Groupon...slaloo2lahh usya web-web ni untuk dapatkan harga diskaun...=)

Ntah dalam banyak2 deal..kitorang tertarik dengan EmbunSeriSpa...Dah la First time beli melalui WeBuy...Dapat yang murah, siapa yang tak mahu...So kitorang grab yang ni...


iklan macam ni la...cepat2 kitorang grab!!

Promosi ni habis End of September...tapi sebab ada hal yang xdiingini, kitorang mintak postpone..layanan diorang time kitorang col pun memang baik...masih sanggup bertoleransi...kalau kat tempat lain, mesti diorang kira BURN!!iyela, salah customer sendiri kan..siapa suruh lambat (my bad..)..;p

So kitorang booked tarikh harinh (4/10/2011)...kol 1 ptg...tempat memang senang je nak carik...Sampai je kat spa, diorang hidang teh...So sweet....sejuk sikit tekak...datang dari jauh la katekan..;p

aku dengan muka poyo2 minum teh..senget2 gambar....;p

untuk first time customer, kene isi borang dulu..

First2 sekali, bila masuk, diorang bagi masa tukar pakaian...Pakai kain batik yang disediakan..Semua pakaian kene tanggal  and just guna seluar dalam yang jenis pakai buang (disposable panty). Mula2 xselesa aku...Malu ada...segan ada...macam2 la...(aku kan pemalu..;p)



ni antara pakej promosi EmbunSeri Spa..sorilahh..entah kenapa die jadi senget2 macamnh...

Pastu sesi mengurut pun start...perghhh..best gila time diorang urut...sangatt relax ok!...ada part2 yang diorang urut, aku kemut2 tahan geli..terutama part pinggang....
Lepas urut, sesi facial pulak..pakai collagen mask segala...Then urut lagi...Ada foot reflexology...n siap ada rawatan untuk mata...Syiokkk habis...sampai tido berdengkur2 terlalu nyenyak...;p
So, dalam dua jam lebih sikit, siap semuanya...Overall, aku suka giler ngan layanan pekerja EmbunSeri Spa..Thumbs up untuk Kak Dila (yang mengurut aku) n Kak Ayu....Even RM45...layanan yang diberikan pun sama rata sama macam pelanggan yang bayar mahal RM339....xdelah diorang buat ala kadar or orang kampung aku cakap 'cincai boncaiii'...and part yang paling aku suka....diorang takda paksa2 untuk beli pakej2 yang mahal...i like Embun Seri Spa!!!

tgok lahh muka 2 orang model tak berbayar ni...glowing lepas kuar spa...~~
sriyes muka korang akan rasa bersinar n lembab2 gitu...


Sila2 lahh Like Page EmbunSeriSpa...korang sure TAK AKAN menyesal...=)

"No wonder mak2 datin kulis gebu n mulus...kini kecantikan anda, tidak lagi rahsia...ecehhh..kalau anda kaya macam mak2 datin, pergi lah spa selalu..."


SILA LIKE :D

Monday, October 3, 2011

Jom Komen:Doktor MENYESAL jadi Doktor...


Bila orang tanya..amik bidang apa??dengan bangga cakap Doktor...ada parents sanggup bayar mahal2...g hantar anak study luar negara coz nak sangat anak jadi doktor..even result xseberapa...anda lihat tak kepentingan duit di sinh..~~..

ada tuh memang pandai giler..n memang sesuai dia ambil bidang doktor (macam majoriti kawan2 aku..=))..entry ni bukan aku jeles ngan doktor ke..ape ke..cuma ini realiti..aku baca dari forum..seorang doktor yang menyesal jadi doktor...apakah???

Pada pendapat aku, majoriti doktor yang menyesal jadi doktor ni adalah kerana perjalanan karier diorang ditentukan parents (aku xtahu sbb apa mereka menyesal coz aku bukan doktor...)...Aku pernah tanya some of my frenz..diorang suka jadi doktor...penat lelah melayan pesakit perkara biasa...tapi i dun know...depends on orang gak kot...so just nak share beberapa things yang aku petik dalam forum n aku rasa sangat berguna untuk dimuhasabahkan oleh doktor-doktor yang MENYESAL memilih kerjaya doktor..

"first of all sapa2 nak jadi doktor, kena betulkan niat kenapa nak jadi doktor..
adakah kerana nak kaya?
adakah kerana reputasi doktor tu yg nampak "cool" and glamour di mata masyarakat?
adakah kerana ikut kehendak ibubapa padahal sendiri sangat minat bidang lain? (kecuali kalau betul2 redha)
adakah kerana result exam terlalu cemerlang, kalau ambik bidang lain rasa sayang lak coz org yg result biasa2 pun bleh ambik bidang tu?
kalau sebab2 nya adalah seperti di atas, harap dapat betulkan niat balik.. pastikan niat nak jadi doktor adalah ikhlas.. kalau hati ikhlas, insyaAllah tiada penyesalan.. dan kalau hati ikhlas, insyaAllah akan dapat apa yg anda nak, dibaraqahkah rezeki, dan dipermudahkan dalam menjalankan tugas......"

"kerajaan belanja beribu ringgit untuk melatih seorang doktor, keluar cakap begini! Bersyukur dengan kerjaya anda !"

"hopefully rawat patients tul2 walaupun menyesal jd doktor...."

"bila kite dh jadi apa yang kita tak sangka kita akan jadi (eg: x minat jd ckgu tp end up dgn ckgu), sebenarnya kita telah pon dipilih utk pekerjaan tersebut. kita sebenarnya sangat sesuai dengan kerjaya tersebut. jd drpd fikir kita yang memilih, baik fikir kite telah dipilih dan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas tersebut.

para doc sekalian, sile jalankan tugas dengan berhemah!"

"tula pelik gak sape2 yg nk amek medic ni, bawak2 wat research dulu sblm amek..mcm mana keje dia, skop keje, waktu keje dll..jgnla pk doctor ni bergaji besar dan glemer so wajib amek..sbb nanti bila apa yg diimpikan x seindah yg disangka mulala nk mengeluh sana sini..salahkan mak ayah yg suro amik medic la..ntah apa2.."

"Nak kata takde life tu, I dont agree ....time oncall kerjalah, time off enjoylah .........."

"My comment is very simple:
Kalau kita pilih kerjaya berdasarkan the amount of money or glamor kita boleh dapat maka menyesallah akhirnya...thats why best to know what interest us first:D"

"tak semua org boleh jadi doktor,
tak semua org boleh jadi engnr
tak semua org boleh jadi pharmasist
tak semua org boleh jadi politician
KENALI DIRI ANDA DAN KEMAMPUAN ANDA.....

renung2kan"


Ok..para2 doktor..xperlulahh menyesal bagai jadi doktor...korang yang pilih jalan sebegini...tgok FatinLiyana...doktor gak..happy je...tirulahh macam die..=)

Why so serius...=))




SILA LIKE :D

Post You May Like..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jOm LoRat2 kt Blog OranG LaEn!!!