Pages

Mencari Lagi 28,936 Yang Hilang...

SEGMEN WAJIB TERJAH!!..=)


berminat? untuk pengiklanan..promosi RM 10 dua bulan(iklan + review blog)..email ke itsaboutfashion@gmail.com

Wednesday, December 21, 2011

Tips:Nak tulis entry panjang2, tapi tetibe blank!!




Pernah x korang semua terfikir...g satu event..terdetik idea..
 "ha..nak tulis entry dlm blog lahh..."
pastu siap amek2 gmbr bagai...
g sambut bday kawan...
"weh..nanti aku masukkan gambar ko kat blog aku..femes skit...;p"
g kedai2..
"wah..menarik barang u..u bg i diskaun..i letak ur url dlm my blog..."

pendek kata, macam2 benda nak tulis...maunye 3- 4 page...
bile excited bkak blog..click New Post...tetibe.........blank..
"hmmm...mana nak start dulu eyh??nak mula dr event mana??urghhhh...esoklahh aku tulis..." 
tetibe jadi blank...trus tutup blog...


Huhu...daripada terus tutup blog...baik tulis ape2 entry kan??ni ada beberapa cara aku buat..


1) Imaginasi - bila dah tak ada idea..aku duk sekejap...n mula bayangkan sesuatu..kat sekitar kite ke....alahh..kire berangan la cenggitu...pastu korang bebel je ape korang suka..buat la dalam perenggan bagi pembaca senang baca...then baca balik semula entry korang..n edit la sikit2 bagi ayat tu sedap dibaca..=)


2) Join segmen...contest...giveaway..- benda ni paling senang...letak header owner blog tu..bebel2 ape die nak...letak url kat comment..done!!siap satu entry...untung2 dapat hadiah...=)


3) Buat la pengumuman - Contoh..."Aku hari ni gaduh dengan bf aku..Tak ada mood...Esok aku update entry macamana aku gado..Ok Bye...=) "<--sila jgn contohi entry ini..;p Tak pun contoh lain.."Aku busy..Xleh update blog seminggu...Sorry guys..".. Tapi jangan la selalu...entry pendek2 ala2 twitter je..semua pon bosan..






4) Googling n Facebooking - Ni pon aku suka gak buat kadang2..bila dah lama sangat xpost entry..aku ske guna mr.Google. search pasal isu semasa ke...kes jenayah ke...benda2 menarik dalam facebook ke...gossip ke...ha...jangan lupe tulis credit kepada pemilik cerita...xdelahh die mengamuk sangat..;p


Selamat mencuba..=)


SILA LIKE :D

Friday, December 16, 2011

Ariff Alfian Is a Gay..




I was kinda shocked when I read about an article in RotiKaya's blog..SERIOUSLY..??yang paling tak tahan..i can say he is kind of memalukan Melayu coz kahwin dengan lelaki mat salleh siap berbaju Melayu bagai...Ish3...buat malu PETRONAS je yang menaja dia (tu lah...xnak taja saya lagi..;p) and I can say buat malu family die juga...He is intelligent in term of IQ but somehow low akidah (Spiritual Quotient)..


Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di UCD (universiti College Dublin) sebelum ini telah pun dikhabarkan hilang oleh ahli keluarganya..


Apa yang mengejutkan, bila dah ditemui, lain pulak jadinya...He is married with a man..OMJayyy...yup..nak kahwin tu kahwin lahh...tetapi masalahnya Ariff Alfian (not mentioning his father's name, Rosli coz bukan salah ayah mendidik) telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.




kaedahnya die pakai baju melayu bagai...~~


Kata family beliau.."Baik aku tak usah carik.."<--Hoohhoho..joking2...Family dia mungkin baru tahu pasal berita ni
Sila Baca Berita Ni..
Pelajar Prubatan Hilang Di Dublin
Oleh SHARILFUDDIN SAARI
pengarang@utusan.com.my 
Ariff Alfian Rosli

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu. 

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut. 

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001. 

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK). 

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja. 

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). 

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit. 

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya. 

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas. 

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya. 

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama. 

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya. 

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad. 

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.



p/s: Lets pray for the best for him..Semoga kembali ke pangkal jalan..

SILA LIKE :D

Friday, December 9, 2011

Soalan Susah Giler Subjek FACEBOOK.Cuba jawab dulu baru tahu!!




Anda rasa anda dah pakar tentang Facebook??Jawab soalan ini baru tahu..=)



SILA LIKE :D

Sunday, December 4, 2011

DUA BELAS AURAT WANITA




1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.




2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.





6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.





12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.




SILA LIKE :D

Sila Share,Lawak Gila:Kategori manakah anda menjelang Exam??




Yuhuuu...menjelang minggu2 nak exam ni, jom tanya diri anda dan rakan2...kat manakah kategori anda bila cikgu bertanyaa....

Sumber: 9GAG


SILA LIKE :D

Saturday, December 3, 2011

Sebar SMS Pepsi,Coke,Tropicana,etc ada HIV??




Untuk beberapa hari yg akn dtg . Jangan ambil/minum/beli minuman dari mana2 produk syarikat Pepsi sprti PEPSI , TROPICANA JUICE , SLICE , 7UP , COCA COLA dan lain2 kerana ada pkerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yg tercemar dgn HIV . Berita ini keluar di Berita TV 7 . Tolong 4ward kpd rkan2 yang lain !! 


Pernah dapat emel, sms, facebook/twitter, etc pasal benda ni? Jangan terpengaruh, baca artikel di bawah untuk penerangan yang lebih jelas:- 


Every SMS you receive about Pepsi or any other rumors, please take some time and do research. Below is one of the rumors 


Benarkah Seorang Pekerja Pepsi Telah Menambah Darahnya yang Tercemar Dengan HIV ke Dalam Minuman Pepsi? Facebook, SMS: Disember 2011. SMS yang mengatakan kononnya terdapat seorang pekerja PEPSI telah manambahkan darahnya yang tercemar dengan HIV ke dalam minuman PEPSI sedang tersebar dengan meluas di dalam Internet. Versi English mesej ini telah lama tersebar di India sejak beberapa bulan Julai …lalu. Perkara yang melucukan tetapi harus diterangkan kerana pengguna internet dan telefon yang terdedah kepada mesej ini adalah terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan masyarakat. Mereka mempunyai kefahaman yang berbeza-beza mengenai sesuatu isu. Ada yang berfikiran pendek dan mudah percaya dan ada yang berfikiran kritikal dan tidak mudah terpedaya dengan sesuatu berita yang tidak berasas. Oleh kerana kami turut mendapati ada orang yang termasuk dalam “Golongan Profesional” turut sama menyebarkan khabar angin ini, maka kami berpendapat bahawa menulis sesuatu tentang perkara ini adalah berbaloi. 


Berikut adalah komen kami tentang khabar angin ini. 

1. Berita Baik. HIV tidak akan dapat hidup di luar tubuh badan manusia, apatah lagi di dalam tin Pepsi. Jadi, jika benarpun cerita ini, anda tidak perlu takut dijangkiti HIV gara-gara meminum Pepsi. 


2. Tiada isu rasmi daripada mana-mana pihak berkuasa sama ada di dalam mahupun di luar negeri mengenai khabar angin ini. Ini menunjukkan bahawa khabar angin ini merupakan khabar angin semata-mata dan tidak berasas. 


3. Jika benarpun perkara ini berlaku, sudah tentu Pepsi telah membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini dan menarik balik mana-mana keluarannya yang dikhuatiri tercemar dengan darah pekerja penghidap HIV. Syarikat multinasional sebesar Pepsi mempunyai SOP (Standard Operating Procedure) untuk menangani perkara-perkara seperti ini. 


4. Syarikat sebesar Pepsi juga tidak mungkin akan dapat menyembunyikan perkara ini jika ia benar. Selain daripada standard kawalan kualiti dalaman yang ketat, Pepsi juga tidak akan terlepas daripada Audit Kualiti dan Audit Sosial daripada pelbagai pihak luar termasuk pertubuhan-pertubuhan kerajaan, NGO dan pertubuhan-pertubuhan sosial yang lain jika sesuatu perkara seperti ini berlaku. 


5. Banyak berita-berita karut dan tidak berasas seperti ini pernah disebarkan dan terbukti tidak benar. Terdapat agenda-angenda perniagaan mahupun publisiti murahan yang mendorong kepada penyebaran khabar angin seperti ini. 


Kesimpulan: Jangan bazirkan kredit telefon mahupun masa anda untuk menyebarkan berita-berita khabar angin yang boleh merendahkan pandangan orang lain terhadap daya pemikiran anda walaupun anda berbuat demikian kerana anda menyayangi orang tersebut. Jadi kesimpulannya, jangan cepat percaya pada khabar angin yang sebegini.


p/s:macam2..dulu pon duk kecoh cakap Secret recipe xhalal la..McD xhalal...Meatballs IKEA xhalal..selidik dulu k..jangan mudah terpengaruh dengan berita palsu..


Sumber:Sicknerd
SILA LIKE :D

Friday, December 2, 2011

Tak Suka Cerita Ombak Rindu!!!




Tak Suka Aku tengok cerita ombak rindu...nak tahu kenapa???


coz cerita ni buat make up aku cair...penat2 aku makeup bersiap bagai..masuk2 panggung...asyik menangis...waaaaaaaaaaaaaaaaa...='(




Hhuhu...saje wat tajuk gempak...cerita ni memang best...sedey seyh...bertakung je air mata aku dr awal smpai habis...almaklumlah...aku kan jiwa sensitif..jiwa halus..ahahah...kadang2 tu ada part2 aku nangis teresak2 over plak mengalahkan heroin filem Maya Karin..heheh...kire xrugi lah aku beli tiket... bersusah payah book on9 coz yang lain sume fully booked..syukur kitorg dapat tiket RM8...mungkin coz beli kol 11.30pg kot..sapelahh yang xde keje kan dtg kol 11 tgok wayang...hahah...


adegan Hot..=)
motip ko buat muka smiley??dush3...


Masuk2 panggung...memang ramai giler...ramai perempuan...ada je yang laki...yang laki ni semua jenis muka macam dipaksa awek je g tgok filem ombak rindu..ahahah..tapi,..aku tabik spring kt satu mamat depan kitorg nh...ingtkan die tunggu awek kt dalam panggung...rupe2nye, die tgok wayang sorang beb...salute2...


Kesian Mila...Hariz berkahwin dengannya bukan atas dasar cinta...

Untuk filem ni..memandangkan aku xpernah baca novel Ombak rindu, so aku xdelah nak compare antara filem ngan novel...ape pon..aku tabik kt semua pelakon...



Si Aaron Aziz sebagai Hariz..pelakon macho macam die pon menangis beb..tu yg buat hati perempuan cair tuh..ada gak si Aaron ni kekadang buat lawak melalui dialog...


"xde baju yang cantik sikit ke nak pakai..macam pembantu rumah indonesia.."


Kepada sesiapa yang duk kutuk Maya Karin cakap die xsesuai bawak watak Izzah, tanggapan anda totally WRONG!!...Maya Karin is da best!!Pelakon terbaik Asia Pasifik tuh...Memang feel lah die berlakon...So..stop talking bad about my kembar oke!!;p


OMJayyy..romantik ...wee~~


Lisa Surihani pulak bawak watak Mila...seorang artis terkenal..dalam filem nh, aku nampak Lisa dah makin pandai la berlakon dari filem2 die yang dulu...and aku suke tgok die mengamuk xtentu pasal..comel...=) Ape2 pon..Lisa macam semakin seksi je..=(


Untuk keseluruhan filem..Aku bg 7 dari 5 bintang..eyh???terbaikk lahh!!


‎"Cinta tak kejam, cuma manusia yang tak tahu nak hargai cinta"


P/s: SILA SEDIAKAN TISU SIAP2..SEPAKET TISU AKU HABIS..Air mata plus hingus yang meleleh bagai...~~~


aku jumpe anak dato' K kat mid time nh..kan?? (kalau lahh die baca blog aku..sila jawab..;p)





SILA LIKE :D

Post You May Like..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jOm LoRat2 kt Blog OranG LaEn!!!