Ahha...kali ni entry aku merujuk kepada wanita sahaja...tahukahh anda, kadang2 kita tak tahu saiz bra kita, and kita perasan saiz kita kecil..maka kita dengan CONFIDENTnya membeli saiz yang kecil..=)
Kesan Dari Memakai Coli Yang Tidak Sesuai :
- Coli terangkat di bahagian belakang.
- Tanda merah dan kesan tali ketat.
- Payudara terkeluar dari coli atau terbonjol sedikit di ketiak.
**Check jangan xcheck..;p
Jika anda sering mengalami kesan berikut, ikuti langkah-langkah seterusnya untuk membantu anda mendapatkan saiz coli yang sesuai :
Langkah 1
ukur bahagian bawah taw...
- Pakai coli semasa mengukur.
- Ukur di sekeliling bawah payudara :
- Jika anda mendapat nombor genap,tambah 4 inci.
- Jika anda mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci.
Sebagai Contoh : Jika ukuran anda adalah 31", anda perlu tambah 5 inci dan saiz sebenar coli anda ialah 36".
Langkah 2
ni pulak ukur bahagian payudara
- Ukur di sekeliling bahagian terdapat payudara.
- Bandingkan nombor ini dengan saiz coli anda.
- Jika nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah 'A'
- Jika perbezaannya 1 inci , bermakna saiz cup anda adalah 'B'
- Jika perbezaannya 2 inci, bermakna saiz cup anda adalah 'C'
- Jika perbezaannya 3 inci, bermakna saiz cup anda adalah 'D'
- Jika perbezaannya 4 inci, bermakna saiz cup anda adalah 'E'
Contoh: Saiz coli=36"
Saiz ukur lilit payudara = 37"
Beza = 37-36 =1"
Maka, saiz cup anda adalah 36B
TIPS MENDAPATKAN COLI YANG SELESA
Sumber: AVON
SILA LIKE :D
7 comments:
sllu pakai ikt suka ja
sngguh!!
ohooo..tu yg kene belajar tuh..memilih bra yang betul..=)
thanx for sharing. ((;
saya nk tanya, macam mna kita nak ukur saiz kita masa kita pakai bra kalau kita pakai bra yg tak sesuai dgn kita?
err.. paham dak soalan sy?
klu pakai bra saiz x btl camna nk bg bsr tetek wat pe
Kalau pakai yg transparent silikon tu ok x?
Macang mne nak besar dada
Post a Comment