Pages

Mencari Lagi 28,936 Yang Hilang...

SEGMEN WAJIB TERJAH!!..=)


berminat? untuk pengiklanan..promosi RM 10 dua bulan(iklan + review blog)..email ke itsaboutfashion@gmail.com

Thursday, June 23, 2011

Jijik: Daging Burger dari Tahi Manusia...


Tak cukup dengan telur ayam tiruan, kini yang terbaru Jepun telah muncul dengan inovasi baru iaitu menghasilkan daging burger dari bahan buangan manusia! biar benar...???

nampak menyelarakan???

Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bakteria yang banyak.

Menurut beliau, setelah membuat kajian didapati bahan buangan manusia mempunyai jumlah protein yang tinggi. Warna merah pada daging burger itu diwarnakan dengan pewarna artifisial untuk membuatkan ia nampak segar, menarik dan kelihatan seperti daging burger yang sebenar dan menggunakan perasa soya sebagai bahan tambahan untuk memberikan rasa sebenar daging kepada najis yang diproses tersebut. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.

63% protein, 25% karbohidrat, 3% lemak dan 9% mineral merupakan kandungan yang ada dalam daging ini. mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan bahan tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan.

Tambah beliau, masalah utamanya bukan dari segi kesihatan tetapi dari psikologi manusia iaitu daging ini dibuat daripada najis. Ditambah pula dengan kos pembuatannya yang rumit menjadikannya agak mahal membuatkan harganya 10 hingga 20kali ganda lebih mahal daripada daging lembu biasa. Namun, itu hanyalah kos untuk kajian dan mungkin apabila kajian ini selesai harganya akan boleh dikurangkan supaya setanding dengan harga daging burger biasa. Jika tidak, ia tidak akan di pasarkan.

Katanya lagi, daging burger daripada najis manusia ini kurang lemak dan rendah kalori. 

Ya Allah..bagi RM100000000000000000000 pon xsanggup aku makan..kalau darurat...akanku fikirkan kemudian..;p Macam2 la Jepun ni...


Sumber: I ♥ PAHANG 

SILA LIKE :D

Tuesday, June 21, 2011

Cara mudah dan murah putihkan kulit...


Mungkin ramai yang mengidamkan kulit mulus putih gebu including me...awww...especially girls laaa...lelaki??eyh??ada ke laki yang nk kulit putih??mungkin nisbah 1:100 kot...Apa2 pon..ni petua yang saya dapat dari kawan...n saya dah cubaa.....

Bahan-bahan:
Putih Telur
Tomato

Cara-Caranya:
1) Asingkan putih telur daripada kuning telurr...Ambil putih telur...
2) Ambil tomato dan hancurkan isinya...Kalau nk hancurkan kulit pon tidak apa...Saya ambil isi kerana dah sedia hancur...dan berair...
3) Campurkan sedikit isi putih telur ke dalam bekas ramasan tomato...
4) Biarkan dalam peti sejuk selama 10 minit (Tak letak dalam peti ais pon takpe...Ini hanya untuk masker rasa sejuk)
5) Ambil masker tadi dan sapukan ke muka...
6) Biarkan selama 15 minit...
7) Kulit anda akan merasa tegang
8) Cuci dengan air bersih dan sabun
9) DONE...Selamat Mencuba jaya..=)

APA YANG ANDA PERLU TAHU:
Ramai yang beranggapan putih telur itu hanyir dan geli nk letak di muka....Itu sebenarnya SALAH coz dis is da first time saya guna putih telur as a masker...Selama nie ingatkan hanyir gak...Bau tomato...Siap terasa lagi coz air berlebihan tu jatuh kt mulut.....Hmm..Rasa tomato....Sedaap...<--tanpa disedari itu adalah campuran telur mentah..ewwww...;p

Kebaikan putih telur dan tomato juga boleh mengurangkan masalah jerawat, kurangkan kulit berminyak, muka berjeragat....Kalau ada jerawat nk tumbuh...Nanti lekas kecut..Muke banyak parut pon boleh try...=)

Gambar Sebelum:
Muke tegang..xleh nak senyumm...



Gambar Selepas:
Motip kau tak senyum gak???

Ada perubahan ke??hahaha. Baru sekali cuba...nanti nak cuba lagi smpai nampak hasil...=)
Dah jam 3 pagi time ni...malas nk posing lebih2...Bye...=)

SILA LIKE :D

Sunday, June 19, 2011

PERHATIAN: Senarai Blog Yang Bakal Dihack.Sila Semak!!


Aku baca ni dari seorang member blog...Syazwanyphinkeyz...tapi tak tahu la betul ke tidak..fakta atau auta...ape2 pon....sila2lahh ambil langkah berjaga2 ya...Check nama korang di bawah ni...Ctrl + F and taip nama blog korang....baca2lahh doa dulu..moga tidak dihack...

Check nama blog anda di sini:Apollo

Nama ada dalam list??lutut mulai goyang???mula memaki2 penggodam??ni ada langkah aku ambil dari blogger ni...mudah untuk difahami... TUTORIAL BACKUP BLOG
Ni contoh blog yang digodam...tak tahu lah betul ke x...Wallahualam... CopiesStories

p/s: tolong la jangan hack kami...

Enjoy dengar lagu ni...moga korang hilang sikit gentar...lagu rihanna versi Tamil...=)



SILA LIKE :D

Thursday, June 16, 2011

Blogger Otai Tak Boleh Ditegurkah??


Ok...perhatian kepada blogger2 otai...kalau terasa..mintak maaf ya...ini hanya teguran n pandangan aku..blogger picisan...ini bukan entry mengutuk..harap maklum ya.....before aku buat entry ni..aku ada survey juga...pandangan blogger2 lain...

1) Kadang2 xfaham ngan blogger otai yang buat entry banyak...tajuk gempak..tapi bile baca...huh??blurr....xfaham kandungan die....or maybe ini tips tingkat trafik kot...sharing2 la sikit ye...=)

2) Blogger otai hanya komen blogger otai...maybe ada yang perasan..ada yang tidak...si blogger kurang sikit otai ni sibuk duk komen blogger otai A...padahal..beratus2 orang komen blog die..die tak pernah jenguk pon...pandangan aku je..aku xjeles pon xdilawat...coz aku perasan hal tuh before jadi blogger lg...coz maybe diorg tak perasan..ada blogger yg trasa hati if blogger otai tak jenguk blog diorg...(aku baca dari blog orang..). Jadi...lawat2 lahh blogger lain k..macam aku baca entri ada satu ni..bertapa bangganya die Yuyue Zulaikha follow blog die..=)

3) Blogger femes xboleh ditegur???iyeke??...coz ada blogger otai ni..kalau orang kritik / tegur blog die..mulalahh tulis dalam entry bagai.....if die kutuk blogger lain...xsuke itulahh..inilahhh..entry murahan la...tidak apa..;p Yeke??~~

4) Kadang2 terfikir...masa mula2 buat blog dulu la...wat makes a famous blogger...duk la usha blogger famous...ada pasal kehidupan...ada pasal fashion..ada pasal nasihat...mmg suke baca...tapi ada juga blogger otai ni yang bile baca entri...xmenarik sangat pon...tapi..still ramai follow..ke pasal die cantik/hensem..ramai follower..wowww....untungnya...orang puji2...=)...

Dalam banyak2...saya suke:-

Baca kehidupan JejariRuncing...gaya penulisan sempoii....xbosan...
Baca pasal lelaki n perempuan..and nasihat by theOtherKhairul..
Paling suke semua entri Hanis Zalikha...pasal fashion..family etc..die yang paling bagus...

bukan bodek HZ or Elia or Khairul..tp kenyataan...xsetuju sila cakap..;p

Ayat blogger otai: "Biasalah blogger famous...orang dengki dpt nuff..cakap macam2..."

Ayat aku: Tak perlu lahh terasa jika pandangan ini tidak betul..=)

HAPPY BERBLOGGING..=)



SILA LIKE :D

Myvi Elegance Purple..Idaman Hati...


Cun gilerr aku tgok kt berita tv3 td..launch rinh myvi by Perodua yang baru..dengan tagline "LAGI BEST"....nak3....purple cun...nak yang pink myvi LE dulu...tp cm gurlish sangat...maybe purple ni sangattt seswaiii...ada dua color untuk Myvi Elegance...Ebony Black dengan Mystical Purple...I prefer purple...=)









cun giler dashboard ni...


harga Myvi Elegance di pasaran...

Apa yang anda perlu tahu pasal myvi Elegance ni:

Radio that comes with GPS touch screen player

Since harga cecah RM60K..target market more focus ke medium-high earner..=)

Leather Seat....

Gear Box of standar version (auto) adalah sama dengan version myvi yang lama...


Buatlahh PILIHAN Bijak...

Its in your pocket...(Money)..;p 

Sumber: arenakereta




SILA LIKE :D

Tuesday, June 14, 2011

Diam2 Jimmy Shanley, akhirnya terluah juga...


Hmm..sedih...ala2 seth tan pon ada gak...kesian aku tgok Jimmy Shanley ni...ditinggalkan isteri...Biasalah, kesabaran pon ada hadnya...akibat dah sampai kemuncak tahap kesabaran, Jimmy tulis sebuah kisah luahan hatinya...sedih sangat....aku cilok dari abang Nara..;p




INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.
Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.
Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.
Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.
Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.
Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.
Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.
Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.
Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.
Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”

Hmm..papepon..semoga Jimmy tabah...aku xnak buat andaian...ni dari komen2 pembaca..anda baca..anda nilai...




p/s: BERDOSA SEORANG ISTRI X TAAT PADA SUAMI

SILA LIKE :D

Selain 24:7 and Gula2...Wujud Group KPop Baru Yang Hot...


lawak2...memang kalau btol ada artis release album nh..mmg aku beli yang original...huhuh...go MatLuthfi...=)

PLASTIK..sampah paling banyak atas muka bumi 

- matluthfi90




SILA LIKE :D

Monday, June 13, 2011

Gambar Terlampau Bersama Mia Sara..=p


Tanggal 12 jun ritu..ada event...event dirahsiakan selagi pihak terbabit tak bagi green light untuk beritahu...suspen x??papepon..bukan itu yang aku mahu berlagak ngan korang..aku nk tunjuk ni ha....gambar sakan ngan mia sara nasuha..pelakon cilik yang comel rasa nak makan budak je nh...heheh...


die dengan tak officialnya iktiraf aku as Bodyguard die..ngeh2...bodyguard pon bodyguard la...janji ngan mia..aku sanggup bekerja seikhlas hati..=)


PERHATIAN: Semua pose2 gila2 ni idea mia...kitorang follow je...she's really funny...n pandai posing...


gaya ni aku ngan mia je yang taw nak wat...yang tak tahu...wat la mata zorro macam biasa...;p

walaupon rupaku xmcm mama lisa...aku tetap bangga...ahahaha

gaya gagah seorang bodyguard...beriya2 paksa suruh wat gaya gagah cenggitu...

she lurves playing...=)

gaya tanduk rusa...

gaya muka comel....

gaya mata besar n bundar...

gaya lidah di gigi atas....

Erul....Saranghae...(Erul tuh aku yang memandai..hehe..;p)

Gaya gagah...yeahhh


Lastly..ni gaya tak boleh blah...Gaya lady Gaga....hahahha...

Walaupon gambarku xcun....abaikan...Focus je kt mia...ok...;p

Juz 4 FUN yaw...=)

SILA LIKE :D

Thursday, June 9, 2011

Sriyes Lelaki Ini Boleh Kalahkan Seth Tan



Wowww..sweet giler romantik aku tgok video ni..di post oleh kawan aku kt facebook....ini barulahh realiti...bukan alam novel...ahahaha...papepon...mmg terbaik!!!kalau orang tanya..wujud ke seth tan in real life??i can say...this is the man...=)


Sumber: youtube and Facebook Aimuni..ahahah


SILA LIKE :D

Tuesday, June 7, 2011

Lagu Final Akademi Fantasia 9




Lagu Finalis Akademi Fantasia 9

Azri - Niskala dan Ku Tak Bisa (Slank) 

Fina - Menangis Lagi dan Satu Harapan (Jaclyn Victor) 

Hazama - Cinta Teragung dan Pukau (Tomok) 

Lena - Sisa Kisah Kita dan Dunia (Bunkface) 

LAGU BONUS : Firework - Katty Perry

p/s: Korang rasa2, siapa bakal juara??

SILA LIKE :D

Perang Siapa Juara AF 9..Masing2 Peminat Bergaduh..


Sejak 2 menjak ni..suka bukak page Akademi Fantasia 9..saja suka2 baca komen...duk scroll2...macam banyak je masa terluang aku kan...ahahaha....

Peminat2 sibuk duk mengata..mengutuk...dan tak kurang juga komen yang membina...ada gak komen yang menginsafkan....

Antara perang kat page facebook Akademi Fantasia 9..



Ada juga wujudnya page Like...macam2 la diorang ni.,.cepat je create page...





Hm...Masing2 ada haters sendiri....

Aku pon ada pilihan hati sendiri....tapi kene simpan dalam hati coz takut haterz2 serbu page aku macam orang serbu page Gambit Saifullah)..huhuh..kepada artis2 AF 9...even kene kutuk..hope korang tak ambil peduli sangat..(eyh..macam la diorang baca blog kau..huhu)...ambil yang jernih..buang yang keruh..macam Dato' Siti...dulu pon sumorang kutuk....sekarang ni..semorang suka...ha...so...biarlahh manusia bersuara...biarlahh blogger menaip...asalkan..korang tahu kemampuan diri....tahu arah tuju korang lepas ni...bersaing secara sihat... =)

Ringkasan Comment dari Page AF 9...
Hazama: Ramai suka dia..coz die sempoii...ada yang tak suka n cakap suara dia kepit...tak tahu lahh tang mana kepitnya...xpasan plak..huhu

Lena: Ada yang cakap die gedik..n kurang ajar...tapi tone suara sedap..mulut seksi bak kata hattan...

Fina: Ada yang cakap dia gedik n sexy...terlalu happy...biasalahh..budak2..

Azri: Mat romeo..setakat ni...tak ramai yang kutuk2 azri...coz peminat AF 9 cakap, azri paling ok..

Last but not least, jangan lupa AFUNDI pelajar kegemaran masing2..<--iklan tak berbayar dari Astro..;p

SILA LIKE :D

Sakit Yang Peliks...


Lelaki yang tak ada rasa sejuk





Wim Hof aka The Ice Man boleh berada dalam cuaca yang sejuk mahupon dalam ais tanpa rasa sejuk..Tabik spring lahh....Lelaki ni siap boleh berenang bawah permukaan ais..daki Mont Blanc tanpa memakai apa2 selain seluar pendek dan juga merupakan pemegang rekod dunia. Pelik kan??aku kalau aircond 16 darjah Celcius pon aku dah rasa nk beku...


Perempuan ini allergic kepada air




Penderita ni bernama Ashleigh Morris...Derita sakit Aquagenic Urticaria, yang menghalang wanita nh untuk jauhkan diri daripada segala yang ada kaitan ngan air seperti mandi, berenang, etc...Die ni pon allergic kt peluh sendiri...kesian kan.??Memandangkan badan kita terdiri daripada 80% kandungan air, badan die pon menunjukkan kesan yang tidak baik dan allergis kepada badan sendiri..Hm..papepon..jangan korang fikir die tak mandi...Aku rasa..ada sabun kering...tak pasti la...;p


Hanya Boleh makan tic-tac




Natalie Cooper, 17 tahun hanya boleh makan tic-tac coz ape2 pon yang die makan, perut die akan mual n sakit. Hanya tic-tac makanan yang boleh perutnya hadam. Lain2 nutrisi Natalie dapat daripada makanan berformula yang dimasukkan ke dalam badannya melalui tiub...no more KFC...no more McD...no more Pizza...


Allergic kepada Modern Technology




Dalam dunia modern nh..semua perlukan teknologi..tapi perempuan ni lain sikit...Die allergic kat teknologi..Debbie Bird akan alamai ruam di sekeliling bahagian mata bila beliau dekat kepada handphone, microwaves, computers dan ape2 barang yang mengandungi unsur electromagnetic. Tgok, die dah buktikan bahawa teknologi juga memberi kesan buruk kepada kita...;p


Budak Lelaki ni tak boleh tidur bertahun-tahun





Rhett Lamb, nampak luaran, macam kanak2 normal yang lain..tetapi, hanya satu yang berbeza...Budak ni tak boleh tidur..Die akan sentiasa seksa orang tuanya dengan masalah insomnia 14 jam seminggu setiap hari sepanjang tahun. Setelah beberapa kali menjalani ujian diagnosis, dia mengalami masalah chiari malformation...


Pengsan setiap kali ketawa





Kay Underwood akan pengsan setiap kali dia ketawa..Perempuan cun ni mengalami masalah cataplexy, iaitu ketawa akan tiba-tiba melemahkan otot-otot akibat dibawa oleh emosi yang kuat. Penyakit ini selalu dikaitkan dengan ketawa, dan kemarahan. Doktor pon tak tahu penyebab penyakit ini. Jangan korang pepandai buat lawak nk sakat perempuan nh!!


p/s: Syukur Alhamdulillah...saya dan kamu normal...=)


Sumber: Do-While



SILA LIKE :D

Post You May Like..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jOm LoRat2 kt Blog OranG LaEn!!!