Pages

Mencari Lagi 28,936 Yang Hilang...

SEGMEN WAJIB TERJAH!!..=)


berminat? untuk pengiklanan..promosi RM 10 dua bulan(iklan + review blog)..email ke itsaboutfashion@gmail.com

Wednesday, December 21, 2011

Tips:Nak tulis entry panjang2, tapi tetibe blank!!




Pernah x korang semua terfikir...g satu event..terdetik idea..
 "ha..nak tulis entry dlm blog lahh..."
pastu siap amek2 gmbr bagai...
g sambut bday kawan...
"weh..nanti aku masukkan gambar ko kat blog aku..femes skit...;p"
g kedai2..
"wah..menarik barang u..u bg i diskaun..i letak ur url dlm my blog..."

pendek kata, macam2 benda nak tulis...maunye 3- 4 page...
bile excited bkak blog..click New Post...tetibe.........blank..
"hmmm...mana nak start dulu eyh??nak mula dr event mana??urghhhh...esoklahh aku tulis..." 
tetibe jadi blank...trus tutup blog...


Huhu...daripada terus tutup blog...baik tulis ape2 entry kan??ni ada beberapa cara aku buat..


1) Imaginasi - bila dah tak ada idea..aku duk sekejap...n mula bayangkan sesuatu..kat sekitar kite ke....alahh..kire berangan la cenggitu...pastu korang bebel je ape korang suka..buat la dalam perenggan bagi pembaca senang baca...then baca balik semula entry korang..n edit la sikit2 bagi ayat tu sedap dibaca..=)


2) Join segmen...contest...giveaway..- benda ni paling senang...letak header owner blog tu..bebel2 ape die nak...letak url kat comment..done!!siap satu entry...untung2 dapat hadiah...=)


3) Buat la pengumuman - Contoh..."Aku hari ni gaduh dengan bf aku..Tak ada mood...Esok aku update entry macamana aku gado..Ok Bye...=) "<--sila jgn contohi entry ini..;p Tak pun contoh lain.."Aku busy..Xleh update blog seminggu...Sorry guys..".. Tapi jangan la selalu...entry pendek2 ala2 twitter je..semua pon bosan..






4) Googling n Facebooking - Ni pon aku suka gak buat kadang2..bila dah lama sangat xpost entry..aku ske guna mr.Google. search pasal isu semasa ke...kes jenayah ke...benda2 menarik dalam facebook ke...gossip ke...ha...jangan lupe tulis credit kepada pemilik cerita...xdelahh die mengamuk sangat..;p


Selamat mencuba..=)


SILA LIKE :D

Friday, December 16, 2011

Ariff Alfian Is a Gay..




I was kinda shocked when I read about an article in RotiKaya's blog..SERIOUSLY..??yang paling tak tahan..i can say he is kind of memalukan Melayu coz kahwin dengan lelaki mat salleh siap berbaju Melayu bagai...Ish3...buat malu PETRONAS je yang menaja dia (tu lah...xnak taja saya lagi..;p) and I can say buat malu family die juga...He is intelligent in term of IQ but somehow low akidah (Spiritual Quotient)..


Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di UCD (universiti College Dublin) sebelum ini telah pun dikhabarkan hilang oleh ahli keluarganya..


Apa yang mengejutkan, bila dah ditemui, lain pulak jadinya...He is married with a man..OMJayyy...yup..nak kahwin tu kahwin lahh...tetapi masalahnya Ariff Alfian (not mentioning his father's name, Rosli coz bukan salah ayah mendidik) telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.




kaedahnya die pakai baju melayu bagai...~~


Kata family beliau.."Baik aku tak usah carik.."<--Hoohhoho..joking2...Family dia mungkin baru tahu pasal berita ni
Sila Baca Berita Ni..
Pelajar Prubatan Hilang Di Dublin
Oleh SHARILFUDDIN SAARI
pengarang@utusan.com.my 
Ariff Alfian Rosli

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu. 

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut. 

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001. 

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK). 

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja. 

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). 

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit. 

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya. 

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas. 

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya. 

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama. 

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya. 

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad. 

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.



p/s: Lets pray for the best for him..Semoga kembali ke pangkal jalan..

SILA LIKE :D

Friday, December 9, 2011

Soalan Susah Giler Subjek FACEBOOK.Cuba jawab dulu baru tahu!!




Anda rasa anda dah pakar tentang Facebook??Jawab soalan ini baru tahu..=)



SILA LIKE :D

Sunday, December 4, 2011

DUA BELAS AURAT WANITA




1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.




2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.





6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.





12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.




SILA LIKE :D

Sila Share,Lawak Gila:Kategori manakah anda menjelang Exam??




Yuhuuu...menjelang minggu2 nak exam ni, jom tanya diri anda dan rakan2...kat manakah kategori anda bila cikgu bertanyaa....

Sumber: 9GAG


SILA LIKE :D

Saturday, December 3, 2011

Sebar SMS Pepsi,Coke,Tropicana,etc ada HIV??




Untuk beberapa hari yg akn dtg . Jangan ambil/minum/beli minuman dari mana2 produk syarikat Pepsi sprti PEPSI , TROPICANA JUICE , SLICE , 7UP , COCA COLA dan lain2 kerana ada pkerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yg tercemar dgn HIV . Berita ini keluar di Berita TV 7 . Tolong 4ward kpd rkan2 yang lain !! 


Pernah dapat emel, sms, facebook/twitter, etc pasal benda ni? Jangan terpengaruh, baca artikel di bawah untuk penerangan yang lebih jelas:- 


Every SMS you receive about Pepsi or any other rumors, please take some time and do research. Below is one of the rumors 


Benarkah Seorang Pekerja Pepsi Telah Menambah Darahnya yang Tercemar Dengan HIV ke Dalam Minuman Pepsi? Facebook, SMS: Disember 2011. SMS yang mengatakan kononnya terdapat seorang pekerja PEPSI telah manambahkan darahnya yang tercemar dengan HIV ke dalam minuman PEPSI sedang tersebar dengan meluas di dalam Internet. Versi English mesej ini telah lama tersebar di India sejak beberapa bulan Julai …lalu. Perkara yang melucukan tetapi harus diterangkan kerana pengguna internet dan telefon yang terdedah kepada mesej ini adalah terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan masyarakat. Mereka mempunyai kefahaman yang berbeza-beza mengenai sesuatu isu. Ada yang berfikiran pendek dan mudah percaya dan ada yang berfikiran kritikal dan tidak mudah terpedaya dengan sesuatu berita yang tidak berasas. Oleh kerana kami turut mendapati ada orang yang termasuk dalam “Golongan Profesional” turut sama menyebarkan khabar angin ini, maka kami berpendapat bahawa menulis sesuatu tentang perkara ini adalah berbaloi. 


Berikut adalah komen kami tentang khabar angin ini. 

1. Berita Baik. HIV tidak akan dapat hidup di luar tubuh badan manusia, apatah lagi di dalam tin Pepsi. Jadi, jika benarpun cerita ini, anda tidak perlu takut dijangkiti HIV gara-gara meminum Pepsi. 


2. Tiada isu rasmi daripada mana-mana pihak berkuasa sama ada di dalam mahupun di luar negeri mengenai khabar angin ini. Ini menunjukkan bahawa khabar angin ini merupakan khabar angin semata-mata dan tidak berasas. 


3. Jika benarpun perkara ini berlaku, sudah tentu Pepsi telah membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini dan menarik balik mana-mana keluarannya yang dikhuatiri tercemar dengan darah pekerja penghidap HIV. Syarikat multinasional sebesar Pepsi mempunyai SOP (Standard Operating Procedure) untuk menangani perkara-perkara seperti ini. 


4. Syarikat sebesar Pepsi juga tidak mungkin akan dapat menyembunyikan perkara ini jika ia benar. Selain daripada standard kawalan kualiti dalaman yang ketat, Pepsi juga tidak akan terlepas daripada Audit Kualiti dan Audit Sosial daripada pelbagai pihak luar termasuk pertubuhan-pertubuhan kerajaan, NGO dan pertubuhan-pertubuhan sosial yang lain jika sesuatu perkara seperti ini berlaku. 


5. Banyak berita-berita karut dan tidak berasas seperti ini pernah disebarkan dan terbukti tidak benar. Terdapat agenda-angenda perniagaan mahupun publisiti murahan yang mendorong kepada penyebaran khabar angin seperti ini. 


Kesimpulan: Jangan bazirkan kredit telefon mahupun masa anda untuk menyebarkan berita-berita khabar angin yang boleh merendahkan pandangan orang lain terhadap daya pemikiran anda walaupun anda berbuat demikian kerana anda menyayangi orang tersebut. Jadi kesimpulannya, jangan cepat percaya pada khabar angin yang sebegini.


p/s:macam2..dulu pon duk kecoh cakap Secret recipe xhalal la..McD xhalal...Meatballs IKEA xhalal..selidik dulu k..jangan mudah terpengaruh dengan berita palsu..


Sumber:Sicknerd
SILA LIKE :D

Friday, December 2, 2011

Tak Suka Cerita Ombak Rindu!!!




Tak Suka Aku tengok cerita ombak rindu...nak tahu kenapa???


coz cerita ni buat make up aku cair...penat2 aku makeup bersiap bagai..masuk2 panggung...asyik menangis...waaaaaaaaaaaaaaaaa...='(




Hhuhu...saje wat tajuk gempak...cerita ni memang best...sedey seyh...bertakung je air mata aku dr awal smpai habis...almaklumlah...aku kan jiwa sensitif..jiwa halus..ahahah...kadang2 tu ada part2 aku nangis teresak2 over plak mengalahkan heroin filem Maya Karin..heheh...kire xrugi lah aku beli tiket... bersusah payah book on9 coz yang lain sume fully booked..syukur kitorg dapat tiket RM8...mungkin coz beli kol 11.30pg kot..sapelahh yang xde keje kan dtg kol 11 tgok wayang...hahah...


adegan Hot..=)
motip ko buat muka smiley??dush3...


Masuk2 panggung...memang ramai giler...ramai perempuan...ada je yang laki...yang laki ni semua jenis muka macam dipaksa awek je g tgok filem ombak rindu..ahahah..tapi,..aku tabik spring kt satu mamat depan kitorg nh...ingtkan die tunggu awek kt dalam panggung...rupe2nye, die tgok wayang sorang beb...salute2...


Kesian Mila...Hariz berkahwin dengannya bukan atas dasar cinta...

Untuk filem ni..memandangkan aku xpernah baca novel Ombak rindu, so aku xdelah nak compare antara filem ngan novel...ape pon..aku tabik kt semua pelakon...



Si Aaron Aziz sebagai Hariz..pelakon macho macam die pon menangis beb..tu yg buat hati perempuan cair tuh..ada gak si Aaron ni kekadang buat lawak melalui dialog...


"xde baju yang cantik sikit ke nak pakai..macam pembantu rumah indonesia.."


Kepada sesiapa yang duk kutuk Maya Karin cakap die xsesuai bawak watak Izzah, tanggapan anda totally WRONG!!...Maya Karin is da best!!Pelakon terbaik Asia Pasifik tuh...Memang feel lah die berlakon...So..stop talking bad about my kembar oke!!;p


OMJayyy..romantik ...wee~~


Lisa Surihani pulak bawak watak Mila...seorang artis terkenal..dalam filem nh, aku nampak Lisa dah makin pandai la berlakon dari filem2 die yang dulu...and aku suke tgok die mengamuk xtentu pasal..comel...=) Ape2 pon..Lisa macam semakin seksi je..=(


Untuk keseluruhan filem..Aku bg 7 dari 5 bintang..eyh???terbaikk lahh!!


‎"Cinta tak kejam, cuma manusia yang tak tahu nak hargai cinta"


P/s: SILA SEDIAKAN TISU SIAP2..SEPAKET TISU AKU HABIS..Air mata plus hingus yang meleleh bagai...~~~


aku jumpe anak dato' K kat mid time nh..kan?? (kalau lahh die baca blog aku..sila jawab..;p)





SILA LIKE :D

Wednesday, November 30, 2011

Gambar kontroversi Fahmi n Syida..




Ni aku jumpa lagi gossip hot pasal Khairul Fahmi aka Apek..Penyebaran gambar ni btul2 berlaku sebelum Malaysia menentang Bahrain bebaru nh...Menurut Apek, gambar tu diambil semasa dia pergi berkaraoke. (Mungkin suara Shida ala2 cikgu Syida..;p )Menurut Apek, hubungannya dgn si Shida Harmi hanyalah kawan n xlebih dari itu n Apek percaya Shida x sebarkan gambar tu.. Apek turut mencabar agak pihak yang menyebarkan gambar ini agar tampil dan mengemukakan bukti.

seksi wohh syida nh..

ehem2...



ololooo..so cuteee...=))

Kat bawah  Apek tentang ni adalah penjelasan Apek terhadap penyebaran gambar-gambar kontroversinya bersama Shida Harmi.
Andai kata dakwaan tersebut adalah betul, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh.Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa. Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke. Saya tak pasti macam mana gambar ini boleh sampai ke pihak media. Tapi, saya tak rasa Shida sengaja buat macam ni, nak syak sesiapa pun tak boleh. Saya perlu hubungi dia terlebih dahulu sebab nak siasat dengan lebih jelas


Ni ada video aku cilok dr rotikaya...hm..shida ni pun mcm nak glemer je kan.."hye rotikaya" bagai..~~~




p/s: hmm..nampak sangat KF playboy...xsia2 JejariRuncing putus tunang..mesti die tengah sujud syukur..;p memandai aku nh..;p 


Credit to:RotiKaya

SILA LIKE :D

Khairul Fahmi & Syida:Itu gambar lama..








KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.

Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.


“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.

p/s:Gambar lama ke cik kak...Berapa lama??Apek o apek...xperlu lahh nk ugut2 berhenti bagai..memang xdinafikan kamu mmg hebat menjaga gol..tapi jaga lahh juga tingkah laku..coz ramai yang menadang.. bak kata orang, kurangkan kontroversi..tingkatkan prestasi..=)

Nak lihat gambar lama?? CLICK SINI..


Sumber:HarianMetro

SILA LIKE :D

Kenapa aku benci perempuan bertudung!




Aku merupakan seorang wanita yang sederhana. Kulitku sawo matang dan memiliki seraut wajah yang manis. Aku mempunyai kekasih yang baik hati. Gaya kehidupanku adalah sederhana. Namun aku akui, aku bukanlah seorang gadis yang sosial. Kehidupanku sehari-harian adalah pergi kerja, pulang ke rumah dan memerap di rumah. Aku hanya keluar bertemu dengan kekasihku hanya pada hujung minggu sahaja. Sehinggalah suatu hari, dia melamarku untuk dijadikan isterinya. Hatiku berbunga riang. Akhirnya impian aku untuk menjadi suri hidup kekasihku terkabul juga. Setelah mengikat tali pertunangan selama beberapa bulan, akhirnya kami pun melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan yang diadakan amat meriah sekali. Pada malam pertamaku, dia meminta aku menjadi penemannya sehingga akhir hayatku nanti. Aku mengangguk. Dia memintaku lagi untuk menjadi isteri yang solehah, taat pada perintah Tuhan, Rasul dan suami. Menutup aurat selayaknya. Aku mengangguk lagi…. Untuk dia, aku sanggup lakukan apa sahaja, asalkan aku dapat bersama dengannya. 


Pada tahun pertama semuanya berjalan lancar. Aku berusaha menjadi isteri yang solehah. Apa yang suami inginkan, sedaya upaya ku penuhi. Makan pakai dan juga auratku. Tak lepas selendang di kepalaku. Kami hidup aman dan damai. Sehinggalah aku mendapat dua orang anak. Aku lihat, dia mula berubah. 


Dia mula memakai minyak wangi jenama yang mahal ke pejabat. Pulangnya pula kadang2 lewat malam. Masakan yang ku masak kadang2 tak disentuhnya. Bila aku ajak dia keluar, katanya penat. Semenjak hari itu, kehidupanku bertambah bosan. Penat melayan kerenah anak2 lagi, membuatkan aku lelah untuk berdandan. Suatu hari, ketikaa ku ke shopping mall untuk membeli barang2 harian, aku terserempak dengan suamiku berjalan dengan wanita lain. Wanita itu free hair, bermini skirt, bermekap tebal dan bertumit tinggi. Setibanya suami ku di rumah, kami berperang besar. Dia tidak menafikan malahan dengan bangganya dia katakan dia mahu menikahi perempuan itu. Hancur luluh perasaanku. Pengorbananku selama ini adalah sia2. Kenapa dia memilih perempuan itu? Bukankah dahulu dia tidak menyukai wanita free hair? Akhirnya, dia katakan padaku, dia sudah bosan denganku. Pada hari itu jugak aku di ceraikan. 


Sejurus diceraikan, aku buang tudung di kepalaku. Aku menangis sepuas-puasnya. Setelah berjaya mendapatkan hak penjagaan kedua anakku, aku nekad berpindah untuk memulakan kehidupan baru. Di tempat kerjaku, aku mula menukar penampilan diriku. Tiada lagi bertudung di kepalaku. Aku mula mengenakan mini skirt yang menampakkan betisku. Make up yang tebal menjadi kesukaanku. Baru sekarang aku puas. Aku suka menjadi perhatian lelaki2 berhidung belang di pejabatku. Hampir setiap hari juga, aku membuat temu janji keluar dengan mereka. Aku seronok dengan kehidupanku yang bebas dan menjadi perhatian mereka. Walaupun kadang2 aku sunyi, tetapi aku suka cara mereka melayanku. Aku pun tak tahu, sampai bila aku jadi begini. Adakah hatiku penuh dengan dendam dengan suamiku yang mendorong aku jadi begini atau aku yang bodoh dan tak ikhlas pada Tuhanku? P/S: Renung-renungkanlah. Selayaknya cinta adalah kepada Allah S.W.T


p/s:buat sesuatu kerana Allah...bukan berubah kerana seseorang...berubahlah tanpa paksaan sesiapa...=)
SILA LIKE :D

Monday, November 21, 2011

Najib post kt Tweet-Je: Menang bola Tapi Tak Cuti...




Hahahha..jangan sebar khabar angin cakap esok cuti ye...Johor je cuti...huhuhuhuhu~~Ape2 pon..tahniah Malaysia...Ni perlawanan yang aku focus giler smpai mata jarak sekaki je dgn TV..Semangat giler..Xsia2...=)

HIDUP GARUDA HARIMAU MALAYA...AUMMMM!!!




SILA LIKE :D

Saturday, November 19, 2011

Lawak Bengong Khas Untuk Wanita Sahaja...~~




Awas Wanita Di Luar Sana Tu..!
Notis Penting!!!
Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda kenali…


Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari. Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur , Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan. Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira Paras ...Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya. 

Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita Tersebut. Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya. Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. 

Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Polis Mengesan Dan Mengalahkan Penjenayah ini. Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang. 

Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat Mujarab Iaitu :
-
-

-
-

-
-

-
-

-
-

-
-

RIDSECT ;p

heeee hee
by: kathyjem {This Is a JOKE}


Sumber: Facebook Aaraz..

SILA LIKE :D

Download Cerita Si Tudung Tweet..Best!!




yuhuuu...Si tudung tweet ni ditayangkan pada 16 November 2011..kat TV9..Aku pun lupe aku tengah wat ape time tu,sampai terlupa nak tengok cerita ni...tgok iklan memang best..tambah2 ada Liyana Jasmay yang comel..ngeee~~

Kepada sesiapa yang terlepas cam aku, ni aku ada link donlod untuk korang donlod...
CLICK SINH UNTUK DOWNLOAD...

Cerita ni best...banyak pengajaran terutama bagi kita remaja...jeles menjeles...dengki mendengki...dan ada juga selitkan unsur2 pengajaran n islamik..Islamik ke??part tudung je la kot..;p

Perubahan Liyana Jasmay aka Zubaidah (nama watak dlm cerita ni) berubah dari seorang gadis kampung ke fashionista ala2 Hana Tajima...n then suddenly bertubah sikap bila dah popular...=)

Pendek cerita, even aku nampak ada macam muka2 pelakon baru, semua tu berlakon best...memang best lahh..ni aku ada print screen part yg cambest dalam cerita ni..=)

poster yang buat Zubaidah femes n ramai yang jadi Follower die dalam Tweet-Je..;p



cun kan??=)


SILA LIKE :D

Friday, November 18, 2011

Nak kerja Part time di mana?




Aha..pasti bebudak Lepas SPM terfikir2 ape nak buat untuk cuti lama ni kan...ok..ni entry terlalu awal untuk akak (chewwah) buat.,..akak uols...;p

I have been through this phase...ramai yang pasti akan kejar amek lesen kete..iyela..time ni la korang kejar2 nk dpt lesen kan..masing2 gila stereng...;p

But as for me...saya lagi suka kerja..dats why smpai sekarang xada lesen lagi...ish3...

Keje kat mana yang best?? Ni pandangan peribadi aku la...aku tulis yang mana aku pernah kerja..yang mana yang xpernah keje, aku tak berani nk wat review...nanti korang BAND aku..;p

1) Cashier - best!!pegang duit...hehe..tapi make sure korang x 'short' kan duit tu...ni bagi yang suka math la..kira2 duit..n impian nak jadi jutawan...ni memang kerja feveret aku...dpt bau duit pon jadilah..hehe...but salah satu keburukannya, hilang duit, korang kene ganti duit sendiri..berhati2 la ye...

2) Packer- hari tu time cuti, aku buat part time kat Jusco Ayer Keroh,Melaka..as a Packer...seronok wohh...n senang gilerrr...keje pack2 barang yang customer beli...tapi...yang xbestnya...xleh duduk...arghh...naik cramp kaki...dh la pakai kasut..mungkin time tu JCard sale...so terlalu ramai customer n xleh duduk...kalau hari2 biasa...mungkin leh rilax sikit kot..coz ada kerusi untuk cashier...kite leh tumpang duduk...=) Aku suka kerja kat Jusco...best..betulla kata orang, kalau die layan customer die bagus...sure staff2 die juga bagus...Jusco memang friendly..even their staff pon friendly sgt...baru keje rasa mcm dh lama je keje..xde wujud pon kakak2 kerek yang nak tunjuk diorg lebih berkuasa n  berpangkat tinggi...thumbs up JUSCO!!

3) Keje kat wayang- Aku pernah dulu keje kt MBO Cineplex Melaka...best..ramai kawan...ada kawan aku tuh, baru kerja seminggu dh dapat HP...tapi tuan empunya telefon tuh xcarik...if ada yang cari, wujud juga org xjujur n cakap "TAK TAHU" padahal die yang amik...kerja ni kene jujur ya kawan2...aku kerja bahagian snack...jaga counter n amik barang2 dalam store yang dh hbs...kire closing stock..buat popcorn etc..tapi tgok juga la tmpat mana yang korang ditempatkan..untuk lelaki, korang setiap sehari dalam seminggu kene cuci tandas..huahahaha..as for girls,xperlu..untung kan jadi perempuan...keje kt wayang ni seronok...selain taw je cerita yang keluar panggung,kita juga leh tinjau2 kat panggung tgok cerita...hehe..;p

4) Keje kat kedai makan- untuk yang xsuka stress..rasa nk kerja kt tmpat makan..ok je..tapi penat sikit la kalau kedai makan tu laku...amik order sana, amik order sini...tapi ada advantagenya, dapat makan free.heheh..;p

SELAMAT BEKERJA PART TIME ADIK2..=)

SILA LIKE :D

Do not TRUST:SPM paper diulang..




heyya...sekarang bebudak spm kecoh dek kerana ada budak menulis di dalam blog..a short spm JOKE...mesti tetibe naik traffic die..

PERHATIAN, ni berita terkini dari KPM..mungkin berita ni disiarkan secara lansung pada 8 pagi nanti..pihak kementerian pelajaran malaysia telah menetapkan subjek BM akan diulang semula akibat kecuaian sesetengah pihak..tarikh peperiksaan semula BM akan dilakukan pada 18/ 12/ 2010..untuk maklumat lanjut, sila layariwww.moe.gov.my/spm..harap maklum..
.
.
.
.
.
.
.
.
tipu jer..hahaha..sekarang anda dalam rancangan YOU KENA BEB!!! spm tak lame lagi nak habis..sebarkan msg nie kat sume member spm, kite tengok sape baca msg xhabis..

My comment of why dis SMS TAK BOLEH DIPERCAYAI:

1) Jangan terpedaya..SPM mana pernah dalam sejarah diulang..kertas SPM dikawal ketat kot..even tips SPM pun tak kena tepat..melainkan lahh ada orang curik paper SPM..

2) laman web www.moe.gov.my/spm.. Moe??? its www.mohe.gov.my

3) Helooo...its 18/ 12/ 2010...now in the year 2011 ok!!

4) dalam SMS..dis may sounds funny untuk nak kenakan orang..but in a blog..mungkin xberapa nak sesuai..coz bebudak ni..dah terlalu banyak sangat baca subjek SPM..otak dah tepu...so xbaca dis ENTRY FULL...

4) Indian n Chinese maybe tak berapa faham dis joke...even Malay pon ada yg xfaham..;p


p/s:kesian budak yang tulis entry ni..xpasal2 Cik Anon serang die..its not her fault guys..she just write..;p




MORAL OF THE STORY: SILA BACA SESUATU SAMPAI HABIS..=)

SILA LIKE :D

Post You May Like..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jOm LoRat2 kt Blog OranG LaEn!!!