Pages

Mencari Lagi 28,936 Yang Hilang...

SEGMEN WAJIB TERJAH!!..=)


berminat? untuk pengiklanan..promosi RM 10 dua bulan(iklan + review blog)..email ke itsaboutfashion@gmail.com

Sunday, July 10, 2011

Untungnya Budak UiTM, Datuk Siti Mahu Sambung Belajar..



SHAH ALAM – Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini tidak lama lagi.
Meskipun mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Siti Nurhaliza berkata, cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah padam sejak lebih sepuluh tahun lepas.
Bidang muzik menjadi pilihan memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi dan beliau percaya UiTM merupakan tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan.
“Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM dan jika semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti.
Di UiTM kursus muzik ditawarkan pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di bawah Fakulti Muzik. Pada peringkat diploma, kursus itu akan mengambil masa selama dua tahun setengah manakala tiga tahun untuk peringkat ijazah sarjana muda.
Perkara itu turut disahkan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar pada sidang akhbar berkenaan.
Sahol Hamid berkata, UiTM sedang berbincang mengenai perkara itu dan sedia menerima Siti Nurhaliza yang berhasrat menyambung pengajiannya.
**Bersorak gembira la pelajar UiTM Shah Alam pasnh...Tetibe rasa nk tukar universiti..heheh..n nk tukar jurusan...boleh jadi best fren forever Datuk Siti..;p
Sumber: Kosmo!

SILA LIKE :D

3 comments:

Ainna Jalil said...

untungla..tapi kenapa tak uitm segamat! kenapa kat s.a je! alahai

Alinkiwi said...

maybe UiTM Shah Alam..xconfirm lg..doa byk2..ehehe...uitm segamat bukan ada hanis zalikka ke??

Cik Wani said...

aha..best3 nye!!!

btw jom komen link entry wani ni.

http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

thx a lot =)

Post You May Like..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jOm LoRat2 kt Blog OranG LaEn!!!