Pages

Mencari Lagi 28,936 Yang Hilang...

SEGMEN WAJIB TERJAH!!..=)


berminat? untuk pengiklanan..promosi RM 10 dua bulan(iklan + review blog)..email ke itsaboutfashion@gmail.com

Tuesday, May 3, 2011

Wanita tolak lamaran dibunuh



ALOR STAR, 3 Mei — Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi.
Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata kejadian dikatakan berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.
“Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lepas menyerah diri di balai polis di sini kira-kira pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya,” kata beliau dipetik Bernama Online.
“Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor,” katanya.
Difahamkan wanita yang berasal dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos lepas.
Adzaman berkata lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan.

p/s: Mohon semua sedekahkan Al_Fatihah untuk mangsa...


SILA LIKE :D

8 comments:

xira.b said...

al-fatihah ratna.... ;(

Unknown said...

ish kejamnyerr

Anonymous said...

Assalam...innalillahiwainnailaihirojiun, Al-fatihah...napelaa sampai lagu tuu...dah tua2 pun gatal nak kahwin lg...cinta gile

Terbaru►100Penulis : Kalau saya seorang pengarah filem

Anonymous said...

Assalam...innalillahiwainnailaihirojiun, Al-fatihah...napelaa sampai lagu tuu...dah tua2 pun gatal nak kahwin lg...cinta gile

Terbaru►100Penulis : Kalau saya seorang pengarah filem

Anonymous said...

Salam.minta maaf.saya nk betulkan sdikit.Lelaki itu bukanlah teman lelaki arwah, tapi merupakan secret admirer-nya.bharian yg memang ske menipu ni nmpaknye menyebarkan fitnah lagi.pastikan kesahihan berita sebelum menyebarkannya satu malaysia."Dan fitnah itu lebih teruk daripada membunuh"

Fahmi P said...

dah xde care lain ker agaknyer sampai nak berbunuh.. mohon tunjuk ajar - http://freedomismine-kimiez.blogspot.com

Anonymous said...

btoi2 tu bkn balak diatp org tua yg mgharapkn ksih syg org muda....

Anonymous said...

aku btoi2 tk sgka ada gak org tua gatai mcm tu...

Post You May Like..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jOm LoRat2 kt Blog OranG LaEn!!!