IDEA # 1
Kalau pasangan uols kt luar negara ke...ada keje kt luar bandar ke...
ckp la yg kite ni sgt risaukan diorg...huhu...caring la katekan..huhu....
so...bg la teddy bear...peneman diorg la...konon2 teddy bear tuh uols la kan...;p
IDEA # 2
Kt bilik tidur...belilah yg stars glow in da dark tuh....
pastu carik glow in da dark yg tulis
"I Love U"...When da lights turn off...nant ayat tu glows...
best kan...nk tidur pon sure akan senyum2 sendiri..
IDEA # 3
Ha...yg ni kalau calon2 suami..g lahh ke rumahh bakal is3...
tolong2 masak...time2 weekend..yg is3 pon nk tunjuk hebat masak gak..huhu
Suami leh lah tlg2 hiris bawang, potong daging..etc..
Ha..mcm ni lahh suami pilihan...;p
IDEA # 4
Jadikan amalan solat bersama suatu kemestian. Wujudkan suasana syahdu
selepas solat dengan mendoakan hubungan anda dengan pasangan agar terus
diberkati dan harmoni. Pasangan yg solat aman ruman tangga..=)
IDEA # 5
Bagi bday present time2 bday si dia ke..
annyversary perkahwinan ke...Sure die suke...
IDEA # 6
Ambil hati ibu bapa n family-nya. Setiap kali uols berdua pulang ke
rumah ibu bapa mentua, jangan lupa belikan hadiah ataupun makanan
kegemaran diorg.
Pasangan uols tentu gembira dengan cara layanan korang terhadap kedua orang
tuanya. Tidak mustahil si dia juga akan membuat perkara yang sama terhadap
ibu bapa anda nanti.
IDEA # 7
Kirimkan jambangan bunga terus ke pejabat pasangan anda. Pasti ia akan
mengembirakannya di samping komen dan perhatian yang diberikan oleh rakan
sekerja. Even my mum used to gave me flowers at my office..huhuh...
Romantic kan my mum...
IDEA # 8
Apa kata sekali sekala tukar panggilan manja anda dan pasangan. Selain
menghasilkan mood baru bagi hubungan anda, panggilan yang baru juga boleh
mengelakkan rasa jemu antara anda berdua.
Cth: syg..hubby...b...darling...bucuk...
(bukan aku...i'm not jiwang either..haha...my fren..;p)
IDEA # 9
Kalau yg jurusan sastera..leh try dis..
wat lahh puisi yg jiwang2...huhhuhu..sure die terharu...
p/s: Sape kata engineer xpndai tulis puisi...=)
IDEA # 10
Wat aktiviti bersama...Si die suke gym..n i suke jogging....
So...ikot je la...pasti akan hepi kalo wat rutin nh sama2..=)
IDEA # 11
Meskipun tak kemana-mana, cubalah untuk kelihatan menarik dengan berhias
walaupun ketika berada di rumah. Cantik di mana2..huhuh...
IDEA # 12
Urut2 lah sikit suami lepas die balik keje...
Bukan je hilang stress...Ni pon leh wat die lbh relaks...
IDEA # 13
Pakai pakaian atau tudung yang dihadiahkan pasangan ketika keluar bersama.
Uols mesti WOW di matanya..huhu
IDEA # 14
Simpan gambar pasangan anda di dalam telefon bimbit atau dompet anda. Lebih
baik lagi jika gambar anda berdua ketika bercuti. Setiap kali menatap gambar
tersebut, secara tidak langsung anda akan teringat saat manis ketika bercuti
dengan si dia.
IDEA # 15
Hantar pesanan suara ke telefon bimbit pasangan anda dengan mesej romantik
menyatakan anda terlalu rindu pada si dia dan selalu mengingati dirinya.
Pasangan anda akan menghargai ucapan anda terutamanya ketika si dia sedang
menghadapi masa-masa sukar dan pastinya berharap anda ada di sampingnya
ketika itu.
IDEA # 16
Ha..yg ni ramai kene amik perhatian...
Jangan gunakan intonasi suara yang tinggi ketika berbicara dengan pasangan.
Sebaliknya lembutkan tutur kata anda meskipun ketika berada dalam keadaan
marah..
IDEA # 17
Jadi teman yang paling prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pasangan
anda. B a good listener... Tapi jangan lupa,
rancang kejutan untuk kembali mengembirakannya.
IDEA # 18
Menyanyi bersama pasangan anda biarpun mungkin kedengaran sumbang.
ahaha..iols xmungkin kot..;p
IDEA # 19
Luahkan kegembiraan dan kesedihan anda kepada pasangan. Anggaplah si dia
sebagai teman baik anda. Curahkan segala-galanya kepada pasangan sebagai
tanda anda sangat menghargai kewujudannya di sisi anda.
IDEA # 20
Biasakan berjalan berpegangan tangan, supaya pasangan berasa selamat
disamping anda.
IDEA # 21
Kalau pasangan korg wat salah...bg la teguran ngan lembut
n berhemah...Belakangkan ego anda, sebaliknya tegurlah
dengan harapan ia menjadi tauladan
kepada diri si dia.
IDEA # 22
Ungkapkan perasaan anda pada pasangan sekerap yang mungkin. Contohnya
apabila tiba di pejabat, hantar SMS pada si dia dan nyatakan rindu anda
terhadapnya meskipun belum sejam anda meninggalkan rumah.
p/s:jgn selalu...tkot naik rimas...
IDEA # 23
Sekali sekala its good untuk gado kecil2 lan...
bak kata org, gado membuat kan hbgan kite lbh erat
as kite kana lebih memahami pasangan...then..
br akan trus ke sesi pujuk memujuk..huhu..
pastu mesti lg mesra...comfem!!
IDEA # 24
Beli sepasang jam tangan atau telefon bimbit yang sama untuk diri anda dan
pasangan. Lebih bermakna jika ia dipilih sendiri oleh anda dan si dia.
IDEA # 25
Pernahkah anda meluangkan masa menari dengan pasangan? Jika belum, apa
kata jika anda ajak si dia menari di rumah mulai hari ini. Pasangkan muzik
lembut ibarat di dewan tari menari sambil anda berdua menari mengikut alunan
irama yang berkumandang.
Anda tidak perlu berstatus pro demi membuktikan diri anda romantik, sebaliknya
jangan hadkan rutin romantik anda bersama pasangan. Si dia pasti terkejut
dengan ajakan anda untuk menari bersama, tetapi mustahil akan menolaknya.
IDEA # 26
Puji pasangan untuk setiap bantuan yang diberikan. Misalnya memuji
kerajinannya serta sifat ‘gentleman’ yang dimilikinya. Jangan lihat pada aspek
negatif pasangan coz ia akan mengeruhkan hubungan. Sebaliknya beri pujian
dengan ikhlas serta ucapan terima kasih.
IDEA # 27
Jadilah peminat setia pasangan anda. Setiap individu memiliki kelebihan berbeza
begitu juga anda dan pasangan. Ucaplah bahawa anda amat mengagumi si dia
untuk setiap pencapaian yang dimilikinya. If korg mengagumi lelaki lain
example ahli sukan or artis..sure sikit sebanyak si dia kan terasa...
IDEA # 28
Jadikan pasangan sebagai tempat rujukan/teman berbincang yang utama bagi
segala hal. Tidak kira samada ia merupakan urusan di pejabat ataupun di rumah,
mintalah pendapat pasangan anda. Jangan buat keputusan secara sembunyisembunyi.
Perkongsian peranan dalam pembuatan keputusan akan membuatkan pasangan
berasa dihargai.
IDEA # 29
Jika anda sebagai suami, beri galakan supaya isteri anda mencontohi
keperibadian isteri-isteri Rasulullah SAW. Nyatakan keistimewaan si dia apabila
bergelar seorang isteri serta tuntutan untuk berbuat baik terhadap anda.
Tetapi jangan terlalu mendesak agar si dia menjadi ‘sempurna’ dalam sekelip
mata. Sebaliknya teruskan memberi galakan serta jadikan diri anda sebagai
IDEA # 30
Kenalkan si dia pada rakan-rakan dan keluarga anda meskipun anda berdua
mungkin baru bergelar teman istimewa.
IDEA # 31
Jika anda mengalami masalah mengingati tarikh-tarikh penting anda berdua,
jangan lupa setkan di dalam reminder telefon bimbit anda.
IDEA # 32
Beli baucer hadiah untuk perawatan wajah di salon kecantikan terpilih, letakkan
di dalam sampul dengan mesej berbunyi,
‘Rawatan istimewa buat dirimu yang teristimewa’
IDEA # 33
Tanya pada si dia tentang apa yang paling diimpikan dalam hidupnya, kemudian
usahakan untuk memenuhi impian pasangan anda itu.
Ala2 crite i'm not single gitu...
IDEA # 34
Bawa pasangan berbulan madu untuk kali kedua di tempat-tempat yang berbeza
dalam masa seminggu. Misalnya 3hari di Genting Highlands, 3hari lagi di Pulau
Perhentian.
Tidak perlu ke luar negara, asalkan anda bijak mengatur jadual percutian di
samping menghangatkan kembali hubungan anda dan pasangan yang mungkin
kian suram.
IDEA # 35
Pastikan keadaan di rumah sentiasa kemas biarpun dengan kehadiran anakanak.
Jangan biarkan ruang tamu dan dapur bersepah kerana ia akan
menyakitkan mata pasangan.
Sebaik-baiknya jangan menyerahkan aktiviti mengemas rumah kepada
pasangan semata-mata, sebaliknya lakukanlah secara bersama.
IDEA # 36
Sentiasa doakan rumahtangga anda dan pasangan supaya terus rukun dan
damai. Ajak pasangan sama-sama menghafal ayat-ayat tertentu dan
mengamalkannya selalu untuk kebahagiaan yang berkekalan antara anda
berdua.
Lagu ni pon romantik..jom layan....
"Cinta abadi meyakini pasangan kita adalah insan terbaik kurniaan Allah kepada kita, walaupun ramai insan yang lebih baik daripadanya. Hargai dan sayangilah pasangan anda seadanya"
p/s: Nantikan byk lagi idea2 romantik....love2..
.Mostly bagus dipraktik untuk org2 yg dah kawen....
Sumber: maskahwin.com
SILA LIKE :D
3 comments:
jalan2 sini.. xde shout box ker?
suke idea glow in dark tu...nak buat larh..haha..gatai lak..:)
sayasukatulis2
ahahaha..sila2 lahh praktikkan....=)
Post a Comment